Tuesday, January 18, 2011

Tazkirah Ustaz Azli semasa Ekspedisi Gunung Jerai anjuran BADAS

Pada waktu malam selepas isyak, saya dan kawan-kawan di sediakan makanan rohani yang sangat bermanfaat oleh kawan Dr. Riduan iaitu Ustaz Azli telah menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada masa sekarang. Masalah yang berlaku sekarang seperti rempit, salah guna dadah, buang anak, rogol, zina, dan banyak lagi akan lebih bertambah buruk dan parah jika tidak diambil sebarang tindakan.



Kekuatan umat Islam pada zaman ini sangat lemah dan tenat bagai telur di hujung tanduk. Walaupun kita di Malaysia hidup dengan aman,  sebenarnya kita berada dihujung tali gantung. Islam akan kuat jika Islam dapat menawan bumi Pelestin yang kini dibawah zionis laknatullah. Bagaimana kita nak tawan Pelestin, sedangkan kampung sendiri tergadai, anak-anak sendiri tergadai dan kita sendiri yang hanyut mengikut arus duniawi yang bersifat sekular ini.



Sekularisme adalah idiologi yang memisahkan agama dari kehidupan. Idiologi ini wujud semasa zaman gelap eropah yang berubah kepada zaman renaisence. Idiologi ini memang sesuai dengan agama kristian pada masa itu, kerana ilmu sains serta fakta-fakta ilmu bertentangan dengan fahaman agama kristian dan dilarang dari memasuki gereja. Inilah membuktikan agama kristian tidak mempunyai dalil-dali dan hujah-hujah yang kuat untuk dianuti.

Tapi ingat!!!

Hanya agama Islam adalah agama yang benar. Semua fakta sains dan kajian telah membuktikan yang agama Islam adalah benar dan tiada sebarang keraguan keatasnya. Jadi, idiologi sekularisme sangat tidak sesuai kepada agama Islam. Tapi mengapa kita masih mengamalkan sekularisme. Hampir  semua yang ada di negara kita bersifat sekularisme. Agama Islam tidak menyekat sebarang kemajuan dan kepentingan manusia serta seluruh alam tetapi mengurus serta mengatur dengan rapi dan sempurna sebagai khalifah di bumi ini.


Awas!!!
Jangan sekali-kali kata “semua agama adalah sama kerana meyuruh ke arah kebaikan”. Kita selalu dengar dari mulut orang dan kadang-kadang dari mulut kita sendiri yang berkata begitu, tetapi sedarkah ungkapan tersebut telah membatalkan iman!!! Mengucaplah 2 kalimah syahadah kembali dan insaflah. Hanya Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah. Islam tidak sama dengan mana-mana agama pun di dunia ini. Semua agama lain adalah karut semuanya.

Kenapa kita masih ragu-ragu tentang hukum-hukum yang Allah tetapkan kepada manusia seperti hukum hudud, hukum faraid, dan sebagainya yang datangnya dari Allah Yang Maha Mengetahui terhadap kemaslahatan hambanya??? Sehingga sekarang masih berpegang kepada hukum manusia yang bukan sahaja tidak adil tetapi merosakkan lagi kehidupan di dunia malah di akhirat kelak. Hukum yang dibuat manusia adalah seperti tikus membaiki labu.

Kita sendiri boleh merasai dan melihat sendiri masalah yang tidak pernah selesai malah bertambah buruk lagi kerana mengamalkan undang-undang ciptaan manusia. Setiap hari digemparkan masalah buang anak, zina, bunuh diri, rasuah dan sebagainya di akhbar dan berita yang nampaknya seperti zaman jahiliah moden. Adakah hukuman yang dikenakan keatas penjenayah tersebut mengurangkan masalah??? Tidak!!! Makin banyak!!!

Ini kerana semua hukuman tersebut tidak mendatangkan kesedaran dan tarbiah kedalam diri manusia. Jadi kita haruslah mengunakan hukum dan undang-undang Allah Yang Maha Bijaksana. Kita sebagai makhluknya tidak sedikit pun setanding dengan Pencipta kita. Jangan sesekali mencabar hukum Allah. Kita selalu dengar orang kata “untuk menghapuskan masalah yang berlaku sekarang, kita mestilah kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah”. Setakat cakap memang senang. Tapi adakah kita menuju kearah pengamalan Al-Quran dan As-Sunnah. Cakap tak serupa bikin.

Untuk mengubah dunia, kita mestilah mengubah diri kita dulu. Sejuta langkah perjalanan adalah bermula dari langkah pertama. Ada satu kisah yang diceritakan Ustaz Azli kepada kami yang diambilnya dari sebuah buku.

“dulu saya bercita-cita untuk mengubah dunia, jadi saya cuba sedaya upaya untuk mengubah dunia, tetapi akhirnya gagal. Setelah gagal mengubah dunia, saya cuba pula mengubah negara saya, saya gagal. Saya berusaha pula untuk mengubah pekan saya, saya turut gagal. Disebabkan umur saya sudah tua saya mengabil keputusan untuk mengubah keluarga saya, namun saya tetap gagal. Akhir sekali saya cuba mengubah diri saya sendiri. Saya berjaya mengubah diri sendiri. Alangkah baiknya jika semasa saya muda dulu saya dapat mengubah diri sendiri supaya dapat mengubah keluarga saya seterusnya pekan, negara dan akhirnya dapat mengubah dunia ini”



Jadi kita sebagai seorang mukmin haruslah bermula dengan tarbiah individu dahulu. Kenapa setiap kali kita menghadiri ceramah atau program motivasi kita akan berasa hendak melakukan perubahan itu dan ini, tetapi apabila terjaga dari tidur pada ke esokan harinya kita sudah lupa untuk membuat perubahan tersebut??? Ini kerana, apa yang kita ada pada malam tersebut adalah semangat semata-mata tetapi bukan tarbiah. Jika kita mendapat semangat sahaja, kita akan cepat hilang semangat seterusnya tidak lagi melakukan amalan dengan istiqomah. Tetapi melalui tarbiah, secara automatik semangat dan istiqomah dalam melakukan sebarang perubahan kearah kebaikan akan sentiasa wujud dalam diri setiap individu.

Insya Allah... kita sentiasa berusaha and never give up!!! 

5 comments:

Detective CheQ said...

ini apa yang saya dengar dari tazkirah ustaz Azli... kalau ada silap atau terkurang, tolong betulkan ye!!!
heheee

nur hikmah said...

bgus.. nmpk la x tidur masa org 2 berckp.. keh3..

Detective CheQ said...

aku tido jgk..
tpi bkn tido mati, tido scra bijak laahh...
hahahaaaaa

jelah said...

cek wat lucu la....haha
ingat owg xnmpak die tdo...

Detective CheQ said...

kan aku dah kata yg aku tido scra bijak..
wlaupun mata trtutup, tapi mata hati masih mlihat dan mndengar...
heheheeeee

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © BudiMAN.... All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh