Tuesday, January 18, 2011

Tazkirah Ustaz Azli semasa Ekspedisi Gunung Jerai anjuran BADAS

Pada waktu malam selepas isyak, saya dan kawan-kawan di sediakan makanan rohani yang sangat bermanfaat oleh kawan Dr. Riduan iaitu Ustaz Azli telah menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada masa sekarang. Masalah yang berlaku sekarang seperti rempit, salah guna dadah, buang anak, rogol, zina, dan banyak lagi akan lebih bertambah buruk dan parah jika tidak diambil sebarang tindakan.



Kekuatan umat Islam pada zaman ini sangat lemah dan tenat bagai telur di hujung tanduk. Walaupun kita di Malaysia hidup dengan aman,  sebenarnya kita berada dihujung tali gantung. Islam akan kuat jika Islam dapat menawan bumi Pelestin yang kini dibawah zionis laknatullah. Bagaimana kita nak tawan Pelestin, sedangkan kampung sendiri tergadai, anak-anak sendiri tergadai dan kita sendiri yang hanyut mengikut arus duniawi yang bersifat sekular ini.



Sekularisme adalah idiologi yang memisahkan agama dari kehidupan. Idiologi ini wujud semasa zaman gelap eropah yang berubah kepada zaman renaisence. Idiologi ini memang sesuai dengan agama kristian pada masa itu, kerana ilmu sains serta fakta-fakta ilmu bertentangan dengan fahaman agama kristian dan dilarang dari memasuki gereja. Inilah membuktikan agama kristian tidak mempunyai dalil-dali dan hujah-hujah yang kuat untuk dianuti.

Tapi ingat!!!

Monday, January 17, 2011

Ekspedisi Gunung Jerai

Alhamdulillah…

Akhirnya, saya dan kawan-kawan saya selamat menempuhi ekspedisi di Gunung Jerai selama 2 hari 1 malam yang dianjurka oleh Badan Dakwah & Surau IPSAH (BADAS) dengan selamat.

Inilah kali pertama saya mendaki gunung, sebelum ini hanya mendaki bukit saja.  Baru saya tahu kenapa orang selalu pandang hebat terhadap pendaki-pendaki gunung yang Berjaya mendaki gunung-gunung yang tinggi-tinggi, rupa-rupanya mendaki merupakan aktiviti yang sangat lasak dan memerlukan tenaga serta stamina yang tinggi (sangat meletihkan).

Walaupun aktiviti mendaki memenatkan tubuh badan, pemandangan dan panorama yang indah ciptaan Allah Yang Maha Kaya mengurangkan kepenatan saya. Di puncak Gunung Jerai, saya dan kawan-kawan bukan sahaja dapat menyaksikan pemandangan yang indah tetapi dapat menghirup udara segar dan bersih. Rasa dingin di puncak gunung juga dapat menyegarkan tubuh badan saya.

Saya dan kawan-kawan dapat menikmati kesejukan dan kelazatan air akar pokok (air herba) dari punca air di atas Gunung Jerai yang berwarna kemerah-merahan apabila

Friday, January 7, 2011

Alhamdulillah... Amz KK P1J yg hebat

Alhamdulillah….
Saya amat bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki kerana dapat lagi bersama-sama kawan2 pada semester 1 degree setelah berjaya mengharungi 3 semester persediaan yang lepas dengan selamat...

Pada permulaan sem ini, kelas yang paling ceria sebelum ini iaitu F3M ditukar nama kpda P1J. tak kisah nama apa pun, kalas kami sentiasa ceria dan harmoni.

Seleian itu juga, saya amat bersyukur kerana kelas P1J telah mendapat KK yang sangat hebat iaitu Khairul Adham (Amz/Mulakhoz). Sebut je Amz/ mulakhoz, semua org knal.



Selepas prlantikan Amz… jamuan utk budak2 laki klas P1J terus diadakan pada mlm itu juga di RFC sebagai tanda kesyukuran. Jamuan merupakan saat yg sntiasa ditungu-tungu oleh kami smua. Dlm jamuan trsebut...

Thursday, January 6, 2011

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!


Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.



Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi
memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, 

Popular Posts

 
Copyright © BudiMAN.... All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh