Saturday, April 30, 2011

Bersedia untuk Peperiksaan Kita

Assalamualaikum kepada muslimin, muslimat dan sahabat seperjuangan saya yang saya kasihi sekalian. Seperti biasa, bila dah samapai akhir sem, mestilah ada peperiksaan akhir semester. Jadi janganlah kita stres. Stres dapat kita elakkan apabila kita ada persediaan yang baik untuk peperiksaa. Jadi disini, saya nak berkongsi sedikit teknik-teknik untuk kita menghadapi peperiksaan.



Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.

Kebiasaannya kita suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya kita berehat. Tidur awal membolehkan kita berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.

Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.

PAGI HARI PEPERIKSAAN

Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari. Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.

Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka.

Popular Posts

 
Copyright © BudiMAN.... All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh