Friday, October 29, 2010

Pengaruh selebriti memberi impak buruk kepada kanak-kanak...



LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa budaya yang terlalu mengagungkan selebriti meninggalkan kesan bahaya termasuk menghasilkan generasi muda yang percaya pendidikan dan kerja keras bukan lagi penentu kejayaan dalam hidup.
Tinjauan Persatuan Guru dan Pensyarah Britain mendapati lebih 70 peratus guru sekolah rendah dan menengah juga mendakwa budaya memuja selebriti khususnya kalangan artis dan ahli sukan sebagai idola sebaliknya menjadi halangan utama bagi kanak-kanak menyemai cita-cita murni dan mencapai kejayaan dengan cara yang betul.
Elizabeth Farrar, guru sekolah rendah di Scunthorpe, berkata terlalu ramai pelajar yang beranggapan kejayaan akademik bukan lagi satu keperluan kerana mampu meraih kejayaan dan kekayaan dengan hanya menjadi bintang program realiti televisyen.
Sebanyak 37 peratus guru percaya ramai anak murid mereka mahu menjadi terkenal kerana terpengaruh dengan takrifan salah kejayaan yang dipaparkan selebriti.



“Guru bimbang anak muda ini tidak dapat menyelami erti kejayaan sebenar dan susah payah yang perlu dilalui sebelum idola mereka itu mencapai kedudukan itu. Bagi mereka, kejayaan sebenar adalah dengan menjadi popular.
“Berikutan itu, apabila mereka dewasa, generasi itu akan mengasingkan diri, tersisih dan memiliki daya keyakinan diri yang amat rendah hanya kerana tidak popular atau gagal mencapai status selebriti seperti idola mereka,” kata Dr Mary Bousted, Setiausaha Agung persatuan.
“Tidak dinafikan ada selebriti yang mampu memberi inspirasi kepada pelajar. Tetapi apa yang lebih kita bimbangkan adalah ramai kanak-kanak ini percaya yang status selebriti itu mudah dan boleh dicapai sesiapa pun. “Mereka tidak lagi memikirkan kepentingan untuk belajar atau kerja keras yang menjadi asas kejayaan.”
 

Tinjauan itu juga mendapati bintang bola sepak, David Beckham dan isterinya, Victoria atau ‘Posh’ Spice, adalah selebriti yang paling berpengaruh kepada golongan muda.
Beckham yang kini bermain untuk sebuah kelab bola sepak Amerika Syarikat, berada di kedudukan teratas dengan purata 53 peratus sokongan oleh pelajar, manakala isterinya, di tempat kedua.

Secara keseluruhan, bintang sukan menjadi kelompok selebriti paling diminati, manakala penyanyi pop seperti Sugababes dan Leona Lewis, di tempat kedua.
Kegilaan pelajar terhadap idola mereka itu menimbulkan kebimbangan kepada guru yang khuatir kesan pengaruh selebriti itu kepada bentuk aspirasi kejayaan yang mahu diraih pelajar. – Agensi

5 comments:

Shafiq said...

sikap memuja muja selebriti ini merupakan salah atu tanda2 hampirnya hari KIAMAT...

mumumeow said...

btul2...sgt setuju ngan artikel ni...
tpi ak suka sgt dengar lagu2 omputih...
huhu

Fiqah Alias said...

btol3...ish3..x slh berhibur,tp bio kne dgn tmptnye...nie x...zmn skrg nie org berhibur tp smpi lalai n leka...na'uzubillah... kwn2,rjin2 la kte saling mengingatkn antara stu sme len ek...

S@h@b@t said...

budak2 skrg nii memang sngat mengagung-agungkn artis2/bintng2, smpai perangai buruk artis pun mreka ikut......contohnya merokok, cra brpakaian dn ada juga smpai hisap dadah...

Shafiq said...

itu laahh tnda nak kiamat... kalau kita tanya pasal artis2, semua tahu...tapi kalau tnya tntang para ulama`, smua geleng kpala...ish3, dasyat2...

sbenarnya, aku pun sama jugak...heheee
Insya ALLAH aku akan cuba berubah..

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © BudiMAN.... All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh