Monday, January 17, 2011

Ekspedisi Gunung Jerai

Alhamdulillah…

Akhirnya, saya dan kawan-kawan saya selamat menempuhi ekspedisi di Gunung Jerai selama 2 hari 1 malam yang dianjurka oleh Badan Dakwah & Surau IPSAH (BADAS) dengan selamat.

Inilah kali pertama saya mendaki gunung, sebelum ini hanya mendaki bukit saja.  Baru saya tahu kenapa orang selalu pandang hebat terhadap pendaki-pendaki gunung yang Berjaya mendaki gunung-gunung yang tinggi-tinggi, rupa-rupanya mendaki merupakan aktiviti yang sangat lasak dan memerlukan tenaga serta stamina yang tinggi (sangat meletihkan).

Walaupun aktiviti mendaki memenatkan tubuh badan, pemandangan dan panorama yang indah ciptaan Allah Yang Maha Kaya mengurangkan kepenatan saya. Di puncak Gunung Jerai, saya dan kawan-kawan bukan sahaja dapat menyaksikan pemandangan yang indah tetapi dapat menghirup udara segar dan bersih. Rasa dingin di puncak gunung juga dapat menyegarkan tubuh badan saya.

Saya dan kawan-kawan dapat menikmati kesejukan dan kelazatan air akar pokok (air herba) dari punca air di atas Gunung Jerai yang berwarna kemerah-merahan apabila
kami semua mandi-manda di sebuah kolam yang dikhaskan untuk para pengunjung yang datang (airnya sejuk sangat). Kata salah seorang penduduk disitu, musim kemarau macam sekarang menjadikan suhu yang sangat rendah di waktu malam berbanding musim hujan yang suhunya tidaklah serendah musim kemarau.

Pada waktu malam selepas isyak, saya dan kawan-kawan di sediakan makanan rohani yang sangat bermanfaat oleh kawan Dr. Riduan iaitu Ustaz Azli telah menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada masa sekarang. Masalah yang berlaku sekarang seperti rempit, salah guna dadah, buang anak, rogol, zina, dan banyak lagi akan lebih bertambah buruk dan parah jika tidak diambil sebarang tindakan.

Cara yang terbaik untuk menghapuskan masalah tersebut adalah dengan tarbiah. (bersambung pada post yang akan datang)

11 comments:

Shafiq said...

nanti baca post yang seterusnya plk dehh..
bersambung...

hanna sofea said...

hoho..detective cheq yg kuat..!

Shafiq said...

mana ada...
tapi ada hikmah di atas puncak gunung jerai...
hahaaaaa

hanna sofea said...

ha, ni nk sindir ke apa? lmbat2 pn smpai jgk kn.. huhu..

Shafiq said...

bukan sindir lah..
kata org biar lmbat asal slmat..
tapi mujurlah sampai jgk...
kalau x, tiada hikmah lah ekpedisi tuu..
heheheeee

hanna sofea said...

adoii..yela2.. mmg ad hikmah ekspedisi 2.. hikmahana pn ad..haha

Shafiq said...

tak sia2 pi mndaki g. jerai..
bnyak jgk hikmah disana rupa2 nyaaa...
hihiiii..

hanna sofea said...

bnyk..?? xjmpe pn.. hahahha

Shafiq said...

kalau xjumpa, tu tndanya nak pi mndaki skali lgi lah tuu...
heheheee

hikmah said...

what..?? tidaakkk... xmo dh.. biar la 2 yg pertama dan terakhir.. huhuhu..

Shafiq said...

takut lah tuuu...

Post a Comment

Popular Posts

 
Copyright © BudiMAN.... All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh